Tuesday, July 28, 2009

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Sunday, July 5, 2009

wanita solehah

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi.... Mana mungkin... lahirnya bayangan yang lurus elok... jika datangnya dari kayu yang bengkok... begitulah peribadi yang di bentuk... Didiklah wanita dengan keimanan.. bukannya harta ataupun pujian... kelak tidak derita... berharap pada yang binasa.... engkaulah wanita istimewa... Sedarilah insan istimewa.. bahawa kelembutan bukan kelemahan... bukan jua penghinaan dari Tuhan... bahkan sebagi hiasan kecantikan....

Monday, June 22, 2009

jika ia sebuah cinta

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar. Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa. Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji. Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha. Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik. Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati. Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi. Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Tuesday, June 16, 2009

kaDang-kaDang


kadang2 kita pk yg kte dh ckup bahagia dgn ape yg kte ade....
hingga kte x sdar ape yg ade di sekeliling kte
konong pd ms 2 dunia ni kte yg punya sbb trlalu sronok n bhagia lg2 dgn owg yg kte syg..
sampai kte lpe owg lain di sekeliling kte.kte abaikan mereka,lpe kan mereka...
sehingga ade 1 pekara pon kte lpe iaitu tdk semestinya kebahagian e2 akan kekal bersama kita...
pada ms 2 bru kte nk sedar dr mimpi kte yg trlalu lena 2..
sedarlah bahawa hidup ini bagaikan roda ade kala kte di atas ade kala kte di bwh...kte tdk smestinya berada di atas saja n kte jg tdk akan bahagia slalu....
e2 adalah anugerah & juga dugaan dr yg maha Esa....
kita sebagai manusia haruslah bersabar & bersyukur dgn ape yg di berinya.....

Wednesday, June 10, 2009

tentang aku


mY Name is Nornaimah binti mohamed ani
lahir pada 21/12/1988
di besar kan di keratong...
bersama mak n ayah selama 17 tahun lpas 2 hidup berdikari...
anak ke 6 dari 6 adik beradik
manja,penyayang n sensetif..
sekarang kerja di kuantan sebagai pelukis plan
di KOBAT ENGINEERING SERVICES SDN BHD...


........MY friend 4 ever....

Tuesday, June 9, 2009

my friendz...


ni ha die kawan aku hahahaha..
nme die ayah die bg saidatul diana....menggunakan kuase kawan2 die trmsk aq tkr
jd dyana mat saleh skit huhu...
aq knl die ms ikm lu smpai skrg dok 1 umah......
dah nk dkt 3 thun stgah la jg....
pape pon aq ske kwn ngn die sbb otk kte org ni sme..hehehe baik n jahatnye huhuhuhu



malam kenangan..........
akan ku ingat malam ini hingga akhir hayat ku.......
malam di mana aku sendiri x tau cm mn aku leh trselit kat group ni hahahahah
lagu dan juga tarian yang amat slumber dri kami huhuhuhu...
thanks my friends,azzu,cdah,dyana,uda,lida,zue,mira,mala,emy.azan,ain,salwa n ferri...





Tuesday, April 28, 2009

kata-kata cinta


bila kita menyintai seseorang jangan berikan seluruh harapan padanya
tinggalkan sedikit harapan untuk kita agar mampu bangun semula dikala kita di kecewakan...

memberi seluruh cinta mu pada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta mu...
jangan mengharap balasan cinta tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya...
tapi jika tidak bebahagialah kerana cinta tumbuh dihati mu...

bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan....
carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana di pertemukan dengan dirinya...

sungguhnya benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampailah kita kehilangannya...
tapi sungguh bnar pula kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita memilikinya...

cinta yang tulus iklas lahir daripada sikap.perbuatan dan tingkah laku yang di pamerkan oleh sesorang bukan dari kata2 bermadah walaupun terlalu indah